Saturday, May 26, 2012

Tempahan Choc Moist Cupcakes

Last minit terima tempahan dari Pn D.  Anak nya ada jamuan hari guru kat sekolah.  Alahaiii kesian la pula.. nasib semua bahan2 baking dah ada.. choc moist lak senang je nak buat, cuma lambat nak kena tunggu masak satu2.. maklumlah oven comei sangat..hehehe



Tq selalu bagi support kat saya ye, Pn D... muahsss...

Friday, May 25, 2012

Tempahan Kek RV dan Victoria Sandwich Cake

Tempahan diterima dari En H selama sebulan yang lalu....hehehe... semangat betul nak menyambut birthday anak sulungnya yang bakal tamat pengajian di Kolej Kejururawatan..  Dia nak 2 kek, satu nak makan kat rumah, satu lagi nak bawa ke kolej..
 


 Kek Red Velvet


 lapisan tengah..mengancam nya tengok strawberry nih....

Victoria Sandwich Cake

Ada kisah di sebalik kek ni... ini merupakan kek ke 2 yang saya buat dalam satu malam, gara-gara terlupa letak baking powder, kek pertama tu bantat.. jadi kena la buat lain..hahaha, (nampak sangat mengantuk tahap gaban!!)... 

 Harap En H puas hati dengan hasil kek2 ni..

Thursday, May 24, 2012

Tempahan Kek Marble sempena Hari Ibu/Guru

Tempahan ni diterima sehari sebelum delivery.. perghhh... mula2 rasa cam x mau ambik dah.. tapi mengenangkan adik kawan baik yang order, cabar diri sendiri buat jugak lah..

Actually tempahan ni adalah dari kawan kepada Pn Zulaila yang tempah kek yg sama sebelum ni.. Sedap katanya sebab tu nak order lagi..alhamdulillah... terimakasih banyak2 Cikgu La tolong promote neeneeshop..

Saya buat corak macam ni je...

 pandangan sisi

pandangan atas

Tuesday, May 15, 2012

Tempahan Apam Polkadot dan Kek Marble



Tempahan diterima dari Pn Zalila, guru di Tadika Perpaduan, Taman Yayasan, Kamunting sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru di tadikanya.

Senang berurusan, nak apam polkadot 150 biji dan kek apa2 je sapu cream.. Jadi saya buat apam dengan filing strawberry, blueberry dan coklat.  Kek pun saya pilih kek marble disapu buttercream.. senang cerita.


Apam polkadot 150 biji


Kek Marble with buttercream.. suka sangat2 buat corak ni....

Harap budak2 dan mak2 budak pun suka kek dan apam ni ye.. terima kasih.

Monday, May 14, 2012

Tempahan Carrot Cake Walnut


Tempahan diterima dari kawan baik Pn Zurina, utk hari jadi ibunya di Kamunting. Surprise katanya.. :) Siap pesan tulis sekali Happy Mother's Day.. hehehe..


Carrot Cake with Walnut and Cream cheese Topping


Syukur dengan feedback yang diterima, kek sedap dan mak suka sangat kek ni...alhamdulillah :)  senyum sampai telinga...hehehe..

....................................

....................................