Monday, April 9, 2012

Tempahan Rainbow Cake

Tempahan dari Pn Eni untuk harijadi adiknya..

Pada mulanya saya ingat untuk anak-anak, jadi nak salut buttercream je..
bila diberitahu untuk orang dewasa, maka fillingnya saya tukar jadi cream cheese perisa nescafe dan disalut dengan cream cheese biasa.



sebelum makeup


selepas makeup.. simple2 je...

feedback dari Eni... " good job!, next time leh order lagi.."

Thanks Eni for your support.. Alhamdulillah...

Tempahan diterima untuk Rainbow Cake with cream cheese RM 80 dan buttercream RM 70 sahaja.
Lokasi sekitar Kamunting/Taiping.

Monday, April 2, 2012

Cupcakes Chocolate Moist with Ganache Topping dan kisah disebaliknya...huhuhu

Tempahan ini pada mulanya saya terima dari hamba Allah di Taman Kota Wira. Mula2 nak 70 biji, lepas tu reduce ke 50 biji.. terima order minggu lepas dan nak pada hari sabtu malam baru2 ni..last minit dapat pula mesej nak jumaat malam, then bila kata x boleh, tukar pula sabtu pagi... tetapi bila saya hantar, batang hidung dia pun x nampak..@$$#%, malamnya saya pergi lagi hantar..x ada juga..haih!!!, last mesej yang saya dapat dia nak pulak cupcake ni Ahad malam..

HELLO apa kejadah kalau dari awal nak Jumaat malam tetiba nak tunggu sampai Ahad malam?????

memang la saya dah kena tipu hidup2.. saya dah tak mau layan lagi customer macam ni..

Sengaja saya tulis entry ni coz saya tahu dia memang baca blog ni..

Hello dik..TAK SELAMAT HIDUP kalau mempermain2 kan orang.. tak terpikir ke keadaan saya waktu kelam kabut menyiapkan tempahan ni semua..sampaikan saya sakit2 badan ..

memang lah salah saya juga ..x ambil deposit dulu...ingatkan atas dasar percaya sesama saudara islam dan kasihan....

So lepas ni sesiapa yang berurusan dengan saya, perlu jelaskan deposit dahulu baru lah saya proceed order..

Perkara ini juga saya jadi kan pengajaran untuk lebih berhati2.. semoga Allah murahkan rezeki saya.. amin..

Akhirnya cupcake ni saya buat jualan lelong.. dan satu kotak lagi saya sedekahkan kepada anak arwah kawan baik saya.. Alhamdulillah...


TQ Pn D..

komen dari Pn D.."OK Sedap, dah nak abis dah anak2 I makan tinggal 10 biji je lagi..hehehe"


Ini pula komen dari Ain.."sedap2! boleh nanti mintak order utk hari kantin nanti"

Alhamdulillah..so dik... RUGI lah x dapat rasa cupcake sedap ni... :P

--------------------

Tempahan di terima di kawasan sekitar Kamunting/Taiping untuk 25 cupcake choc (size M) begini hanya RM 70.00 sahaja..

....................................

....................................